
Koperasi Amanah Pelaburan Berhad telah melancarkan Program Sukan Bulanan untuk semua staf pengurusan. Program ini akan berlangsung sekurang-kurangnya sekali sebulan adalah untuk mengimbangi jadual kerja semasa dan menggalakkan aktiviti bersukan di kalangan staf.
Badminton telah dipilih sebagai sukan pertama untuk program ini yang disertai oleh semua staf pengurusan KAPB. Ia juga dimeriahkan dengan kehadiran ahli lembaga pengarah iaitu Dato’ Irwan Shah Abdullah, Dato’ Mohamed Helmi Ilyas dan En Mohd Fattah Razali.
Diharap program ini akan memberi manfaat kepada semua staf dan seterusnya akan dapat meningkat produktiviti KAPB secara keseluruhan.








