Sekitar Majlis Sumbangan Ikhlas Permaidani Istimewa Dari Masjidil Haram Mekah
Pada 21hb Mac baru-baru ini, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad telah mengadakan Majlis Sumbangan Ikhlas Permaidani Istimewa dari Masjidil Haram Mekah yang bertempat di Royal Chulan Damansara.
Sebanyak 15 masjid di sekitar Lembah Klang telah dipilih untuk menerima sumbangan ini. Masjid-masjid tersebut adalah:
- Masjid As-Salam, Puchong
- Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan
- Masjid Jamek Ar-rahimiah, Persiaran Tg Ampuan Rahimah
- Masjid Bukit Indah, Taman Bukit Indah
- Masjid Jamek As-Solihin, Kanchong Darat
- Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi
- Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan
- Masjid Al-Firdaus, Segambut Luar
- Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam
- Masjid Al-Ubudiah, Segambut Dalam
- Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju
- Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas, Jalan Gombak
- Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru
- Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati
- Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati
Majlis ini juga diadakan bersama dengan Majlis Tayangan Perdana, Program-Program Ramadhan Awesome TV.











