Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) mengambil kesempatan memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran 1447H dengan penuh penghayatan.
Peristiwa Nuzul Al-Quran mengingatkan kita akan turunnya kitab suci sebagai petunjuk bagi manusia, membawa cahaya kebenaran serta membezakan antara yang hak dan yang batil. Semoga dengan keberkatan Ramadan ini, kita terus mendekatkan diri kepada Al-Quran melalui pembacaan, penghayatan dan pengamalan dalam kehidupan seharian.
Marilah kita bersama-sama menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam memperkukuh nilai integriti, amanah dan kecemerlangan dalam setiap urusan.
17 Ramadan 1447H | 7 Mac 2026
“Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia serta penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan yang batil.”
(Surah Al-Baqarah: 185)




