KAPB mengambil maklum bahawa terdapat beberapa pertanyaan daripada anggota berhubung transaksi yang dipaparkan sebagai “Withdrawal (Dividen Transfer)” dan “Share (Dividen Transfer)” di bahagian Transaction History dan Statement of Account, walaupun anggota berkenaan tidak pernah membuat sebarang permohonan pengeluaran dividen.
Untuk makluman anggota, transaksi tersebut bukanlah pengeluaran wang oleh anggota dan tidak bermaksud anggota telah membuat permohonan pengeluaran.
Transaksi tersebut merupakan proses pemindahan dividen terkumpul anggota kepada akaun Share/Modal.
Sekiranya terdapat jumlah dividen anggota yang tidak dimohon untuk pengeluaran, jumlah dividen tersebut akan dipindahkan dan dimasukkan semula sebagai Share/Modal anggota berdasarkan proses yang ditetapkan oleh sistem.
Oleh itu, anggota mungkin akan melihat dua rekod transaksi berikut:
Withdrawal (Dividen Transfer) – menunjukkan jumlah dividen yang dipindahkan daripada bahagian dividen.
Share (Dividen Transfer) – menunjukkan jumlah yang sama telah dimasukkan semula ke dalam Share/Modal anggota.
Sebagai contoh, sekiranya anggota mempunyai dividen terkumpul sebanyak RM500 yang tidak dibuat permohonan pengeluaran, sistem akan merekodkan:
Withdrawal (Dividen Transfer): RM500
⬇️
Share (Dividen Transfer): RM500
Ini bermakna RM500 tersebut bukan hilang atau dikeluarkan, sebaliknya jumlah tersebut telah dipindahkan dan dimasukkan semula sebagai Share/Modal anggota.
Justeru, anggota tidak perlu bimbang sekiranya mendapati terdapat transaksi “Withdrawal” di dalam Transaction History atau Statement of Account tanpa pernah membuat permohonan pengeluaran. Transaksi tersebut adalah rekod pemindahan dividen terkumpul kepada Share/Modal dan bukannya transaksi pengeluaran yang dibuat oleh anggota.
Pihak KAPB berharap penjelasan ini dapat membantu anggota memahami paparan transaksi tersebut dan mengelakkan sebarang kekeliruan.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama.




