
Seri Kembangan – Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) dengan kerjasama AwesomeTV Sdn Bhd dan Hartanah AP Rakyat Berhad pada 29 November 2019 telah menjalankan Majlis Eratan Silaturrahim dan Penyerahan Sumbangan Bersama anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Baitul Ulfah.
Majlis ini telah dihadiri oleh kira-kira 40 pelajar tahfiz bersama tenaga pengajar dan 40 orang staf KAPB bersama Ahli Lembaga Pengarah KAPB.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Yasin dan doa selamat yang diketuai oleh Pengetua Baitul Ulfah, Ustaz Asri Bin Harun. Kemudian, hadirin mendirikan Solat Maghrib secara berjemaah di perkarangan Asrama Baitul Ulfah.


Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dari Pengerusi KAPB, Dato’ Mohamed Ilyas dan seterusnya menyampaikan bantuan kewangan, alat tulis dan meja banquet untuk kegunaan para pelajar.









