Sekitar Majlis Penyerahan Bantuan Banjir.
Pada 8 hb. Februari baru-baru ini, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Banjir yang bertempat di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor. Majlis ini telah dihadiri oleh sebahagian penerima banjir yang telah memohon dan berada di sekitar Negeri Selangor.
Untuk makluman, Kami telah menerima banyak permohonan memohon bantuan bagi mereka yang terjejas akibat banjir pada hujung tahun lepas. Kesemua mereka merupakan ahli-ahli koperasi yang berdaftar. Ada di antaranya mereka yang telah menjadi ahli koperasi semenjak penubuhan koperasi pada tahun 2015.
Jumlah sumbangan yang disediakan adalah sebanyak RM3,000 dan dibayar secara tunai atau dikreditkan terus ke dalam akaun bank mereka.












