
Makluman Terkini;
Terima kasih diucapkan kepada ahli yang telah membuat pengesahan kehadiran ke Mesyuarat Agung Kawasan Zon Tengah yang akan diadakan pada 14 Disember 2022, Rabu ini. Merujuk kepada notis pemberitahuan yang dikeluarkan sebelum ini, tarikh akhir pengesahanan kehadiran adalah pada 11 Disember 2022, Ahad lalu. Justeru, ini merupakan peringatan mesra bahawa pihak urus setia tidak akan lagi mengambil mana-mana pengesahan kehadiran baru dari ahli koperasi.
Bagi mana-mana ahli koperasi yang telah mengesahkan kehadiran masing-masing, anda diperlukan untuk hadir ke lokasi mesyuarat selewat-lewatnya pada jam 3.00 petang. Kaunter pendaftaran akan dibuka pada jam 3.00 petang dan mesyuarat dijangka akan bermula pada jam 3.45 petang.
Harap maklum, hanya ahli yang telah membuat pengesahan kehadiran secara rasmi sebelum tarikh ditutup sahaja akan dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk menyertai Mesyuarat Agung Kawasan (Zon Tengah).
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Majid Aziz di talian 013-660 5827.
Terima kasih.
Bahagian Urus Setia Mesyuarat Agung Kawasan KAPB








