Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) ingin memaklumkan bahawa penangguhan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) 2025 bagi kali ke-11 telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Sehubungan itu, pelaksanaan MAPT 2025 ditangguhkan sehingga atau sebelum 30 September 2026. Tarikh muktamad bagi mesyuarat tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah dimuktamadkan oleh pihak pengurusan dan mendapat kelulusan yang berkaitan.
Pihak KAPB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama semua anggota berhubung perkara ini.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 03-3000 5501 / 5502 / 5503
Sekian, terima kasih.




