Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-11 bagi Tahun 2026 (MAPT Ke-11 2026) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Dewan Tun Sri Lanang 1, Royal Chulan Kuala Lumpur
Mesyuarat ini melibatkan semua Ahli Perwakilan KAPB bagi sesi 2025–2026.
Sebarang usul hendaklah dikemukakan melalui borang usul yang disediakan di portal web KAPB serta diserahkan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Maklumat lanjut dan saluran komunikasi bagi para Perwakilan dan Zon boleh dirujuk melalui portal anggota.
Sekian, terima kasih.




